fiza
pening....
sedih....
nak nanges.....

aku kene tido..
lau x aku penat lam lab...

:((
fikiran ak.........
bercelaru.................
sakit....................................


fiza


NASIHAT UNTUK ORANG YANG BERCINTA



1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.

2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.

^_^ ~ Selamat Bercinta Sampai ke SYURGA ~ ^_^




fiza
Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. untuk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam , kerana beliau tidur di sisi kita bukan dengan orang lain.

2. untuk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

3. untuk cukai pendapatan yg kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. untuk pakaian kita yang dah tak muat kerana itu bermakna kita cukup makan .

5. untuk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. untuk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja , kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.

9. untuk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.

10. untuk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada". ^^
fiza
setiap ujian ade hikmahnya,InAllah...

Innalillahiwainnailairojiu'n ••► Aku diuji lagi YA ALLAH,
Subhanallah ••► UJIAN apa yang KAU berikan ini,
MasyaALLAH ••► mengapa aku mempersoalkan TAKDIRMU lagi,
Astaghfirullahaa'zim ••► Maafkan aku Ya Allah aku pertikaikan KEKUASAANMU,
Allahhuakhbar ••► kuatkan HATI nuraniku hadapi semua ini dalam menggapai REDHAMU,
Alhamdulillah ••► ku tahu selepas ini ada HIKMAH kebahagiaan PEMBERIANMU
fiza
FAKTA SEBENAR LELAKI :
99.9% lelaki amat pandai masak kari…..tapi megi kari saja la.
Lelaki kadang2 memang suka memasak….tapi amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk…
Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah… bukan main bising lagi.
Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju…pastu, sambil isap rokok plak…seronok ye??huhu..
Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin…
Jika seorang lelaki yg rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat…cepat sikit masak.
Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri…
Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki..tetapi peng’komplen’ nombor satu jika makanan itu di masak oleh wanita..ooowwwww..huuu
Antara sebab sebab lelaki memasak:
Malas nak pegi kedai
Hampir hampir pokai
Nak menghabiskan stok makanan yang dah nak expired
Mental theraphy
Konon konon nak practice…nanti buleh amik hati pasangan..
Buang tebiat…
Walaupun begitu, chef chef terkemuka dunia masih terdiri daripada kaum lelaki.. betul x?? huhuhuhuhu..
fiza
Bacalah al-Quran setiap hari 1 juzuk. Kalau tidak mampu, bacalah separuh juzuk. Kalau tak mampu, bacalah sekadar sehelai atau satu muka surat. Kalau tak mampu, memadailah dengan satu ayat.

Kalau tak mampu juga, cukuplah hanya dengan memandang al-Quran dan tanyalah kepada diri sendiri "Ya Allah, apakah dosaku sehingga aku tidak dapat membaca ayat Mu?"