fiza
Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. untuk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam , kerana beliau tidur di sisi kita bukan dengan orang lain.

2. untuk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

3. untuk cukai pendapatan yg kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. untuk pakaian kita yang dah tak muat kerana itu bermakna kita cukup makan .

5. untuk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. untuk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja , kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.

9. untuk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.

10. untuk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada". ^^
5 Responses

  1. fiza Says:

    :)..kita boleh bersabar..tapi jarang bersyukur..smoge kita sentiasa bersyukur dengan nikmat-Nya^^


  2. bersyukur? ingatlah ayat Allah dlm Surah al-Naml, ayat 40, "Sesiapa yang bersyukur maka syukurnya itu kepada dirinya, dan sesiapa yang ingkar, sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah."

    juga dalam Surah Ibrahim, ayat 7, "Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras."

    juga Surah al-Nahl, ayat 114, "dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu menyembah-Nya."

    dan banyak lagi..


  3. fiza Says:

    terima kaseh abg kerana selalu mengingatkan sy:)..skali ngan ayt2 al-Quran ag..syukran ya 'umry:)


  4. 'afwan ya habiby.. sama2 kita saling memberi peringatan & menasihati.. ilmu utk dikongsi ;)


Post a Comment